Memang kebanyakan isteri mengimpikan hamil anak perempuan. Ini kerana anak perempuan lebih manja, cepat matang, sifatnya pula lebih berdikari, rajin membantu dan boleh diharapkan untuk membantu menjaga adik-adik kelak.
Adakah Cara Untuk Tentukan Jantina?
Sebenarnya tiada bukti perubatan yang mengatakan suami isteri boleh memilih jantina anak. Namun, sains mengatakan jantina anak ditentukan oleh ciri-ciri kromosom suami.
Sperma membawa kromosom X dan Y. Ovum pula hanya membawa kromosom X. Apabila kromosom suami bergabung dengan kromosom isteri, maka yang terhasil adalah dua kebarangkalian iaitu XX untuk perempuan atau XY untuk lelaki
Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan peluang mendapat bayi XX? Jom lihat saranan pakar seperti di bawah!
Cara Hamil Anak Perempuan
1. Perlu Tahu Masa Subur (Ovulasi)
Menurut Dr Shettles yang sudah berjaya menemui bukti melalui The Shettles Method, sperma dengan kromosom X bergerak lebih perlahan namun punya jangka hayat lebih 24 jam.
Oleh itu, hubungan suami isteri perlu dilakukan antara dua hingga empat hari sebelum berlakunya ovulasi agar adanya percantuman sperma kromosom X bersama ovum kromosom X.
2. Perlu Adanya Keasidan
Isteri perlu mencuci alat sulit mengguna cecair berasid ringan seperti Lactacyd sekurang-kurangnya dua jam sebelum melakukan hubungan intim. Ini adalah kerana sperma kromosom X bertahan lama dalam keadaan berasid.
3. Makan Makanan Tinggi Kalsium dan Magnesium
Banyakkan minum susu dan makan keju, yogurt, nasi, pasta, ubi kentang dan sayur-sayuran.
4. Elak Makanan Bergaram
Untuk hamil anak perempuan kesihatan diri juga memainkan peranan. Selain makanan mengandungi garam, elak minum kopi mahupun teh.
5. Pastikan Alat Sulit Suami Tidak Terlalu Dalam
Tujuannya menghasilkan jarak yang lebih panjang untuk sperma kromosom X berenang jauh sebelum bercantum dengan ovum.
6. Beri Suami Capai Klimaks Dahulu
Apabila suami mencapai kepuasan terlebih dahulu, ia melepaskan keadaan yang lebih berasid dan merangsang pergerakan sperma kromosom X.
7. Kerap Lakukan Hubungan Intim
Kekerapan melakukan hubungan intim merendahkan bilangan sperma kromosom Y dan X, namun memandangkan kromosom X walaupun jumlahnya sedikit namun hidup lama, boleh berenang untuk bercantum dengan ovum.
8. Mandi Air Panas Selepas Hubungan Intim
Sperma kromosom Y tidak aktif dalam suasana panas. Oleh itu, isteri digalakkan berendam dalam air panas selepas hubungan intim untuk mengurangkan pergerakan sperma kromosom Y ke ovum.
9. Makan Supplement Yang Boleh Tingkatkan Kesuburan
Ada produk Shaklee untuk tingkatkan kesuburan suami dan isteri. Sesuai untuk isteri yang ada masalah period tidak stabil, keputihan, kuatkan rahim dan kacip fatimah. Set Kesuburan Shaklee juga membantu menghasilkan sperma dan ovum yang berkualiti
Lihat: Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami dan Isteri
Sumber: Sirap Limau
0 comments:
Post a Comment