Kenapa Baby yang Minum Susu Ibu Cepat Lapar?

Assalamualaikum dan hi!

“Asyik meragam saja dari tadi. Dah puas ‘memerap’ dan menyusu seharian. Ada apa-apa sebab lain ke yang buat dia jadi macam ni? Bayi tidak kenyang atau cuma tak selesa badan?”

Setiap bayi adalah unik dan mereka juga mempunyai cara penyusuan tersendiri yang berbeza berbanding bayi lain, termasuklah adik-beradik sendiri.
Ada yang hanya minum sedikit setiap kali menyusu, tetapi akan minum dalam tempoh masa yang kerap. Ada pula yang akan minum dengan laju dan banyak buat masa yang lama. Namun, adakah mereka telah minum secukupnya untuk keperluan mereka? Apakah petanda bayi tidak kenyang walaupun telah menyusu dengan kerap?



5 Tanda Bayi Tidak Kenyang Walaupun Kerap Menyusu
Dalam beberapa minggu pertama selepas bayi dilahirkan, mungkin ibu berasa bingung atau tertanya-tanya sama ada bayi tidak kenyang atau mendapat susu yang secukupnya. Mana tidaknya, dalam tempoh ini kebanyakan bayi hampir ‘melekat’ setiap masa dan kadangkala masih nampak tidak puas selepas menyusu.
Berikut adalah 5 tanda yang boleh anda perhatikan.


1. Berat Badan Menurun
Setiap bulan, pantauan akan dilakukan oleh doktor dan jururawat. Biasanya setiap bayi akan mengalami kenaikan berat sebanyak 400g- 1kg setiap bulan, bergantung kepada keadaan fizikalnya.
Namun, anda tak perlu risau jika bayi anda mengalami penurunan berat badan selepas beberapa hari pertama kerana dalam tempoh ini bayi cenderung untuk kehilangan sedikit berat badannya. Namun, pastikan penurunan berat badan ketika tempoh ini tidak melebihi 10% kerana ia mungkin berpunca daripada kekurangan susu badan.
Bayi anda seharusnya mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.


2. Kurang Menukar Lampin
Selepas 2-3 hari selepas dilahirkan, selalunya bilangan lampin basah yang perlu ditukar akan meningkat hingga 6-8 kali sehari.
Warna air kencing bayi seharusnya kuning pucat dan tidak berbau. Jika ia berwarna pekat dan berbau, ia menandakan bayi tidak kenyang dan mungkin tidak cukup susu.
Najis bayi pula akan berwarna gelap dan melekit dalam beberapa hari pertama. Selepas seminggu, najis bayi seharusnya lembut, tidak berketul-ketul, dan berwarna kuning keemasan.


3. Payudara Sakit Semasa Menyusu
Lekapan yang tidak betul menunjukkan bayi anda tidak dapat meminum dengan baik. Maka, ia mungkin salah satu punca bayi tidak kenyang.
Perhatikan payudara anda sama ada ianya masih penuh, terasa ‘keras’, atau cedera walaupun bayi tidak menggigit. Perbetulkan posisi anda dan pastikan anda dan bayi mendapatkan kedudukan yang selesa supaya bayi dapat menyusu dengan efisyen.
Jika anda berasa sakit setiap kali bayi mula menyusu, ini adalah tidak normal dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar laktasi atau doktor.


4. Bayi Tidak Mahu Menyusu
Kekerapan bayi menyusu badan adalah berbeza. Namun, pada umumnya setiap bayi akan menyusu sebanyak 8-12 kali sehari, iaitu setiap 2-3 jam sehari.
Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu badan yang akan anda hasilkan. Semakin besar usia bayi, semakin banyak susu yang akan bayi minum setiap kali sesi penyusuan. Dan jarak bagi sesi penyusuan juga akan bertambah.
Seorang ibu biasanya dapat mengetahui jadual penyusuan ini dan cepat peka apabila bayi kurang menyusu atau ‘mogok’. Ia mungkin disebabkan beberapa perkara seperti demam atau keliru dengan puting. Namun, perkara ini tidak seharusnya berlanjutan hingga menjejaskan pengambilan jumlah susu oleh bayi.


5. Nampak Kurang Aktif
Bayi tidak kenyang tidak semestinya akan meragam atau menangis selepas menyusu. Sebaliknya, muungkin ada yang akan kelihatan mengantuk, letih, dan kurang aktif berbanding hari-hari biasa.
Selain daripada itu, perhatikan juga jika terdapat tanda-tanda fizikal yang membimbangkan seperti warna kulit dan mata yang kekuningan dan sebagainya.

Susu Badan Memang Cepat Dicernakan
Sesetengah ibu risau jika bayi kelihatan tidak kenyang dengan menyusu badan dan mula mempertimbangkan untuk memberi susu formula. Lebih teruk lagi, ada pula yang memberi makanan seperti bijirin halus seawal usia 2-3 bulan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan sebegini boleh menyebabkan kecederaan dalaman kepada organ bayi yang masih kecil.
Sebenarnya anda tak perlu risau jika bayi tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya seperti kurang berat badan atau sakit. Kemungkinannya bayi ‘mengempeng’ kerana dia berasa selesa berada dalam dakapan anda. Atau memang dia lapar kerana susu badan amat cepat dicernakan, iaitu sekitar 2 jam selepas dia menyusu. Namun, ini adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan sistem pencernaan bayi berfungsi dengan baik dan normal.

Supplement Yang Boleh Diambil Untuk Menghasilkan Susu yang Lebih Berkrim, Berkualiti dan Banyak














ESP (850g)
- Susu badan menjadi lebih pekat
Bayi yang minum susu ibu pula akan kenyang lebih lama.
Protein ESP membantu pertumbuhan sel sel bayi dengan lebih baik di samping memberi tenaga kepada ibu.
Bonus buat ibu menyusu, kulit akan menjadi gebu, parut parut memudar dan sebarang luka akan lebih cepat sembuh dengan pengambilan ESP

Alfafa (330 biji)
Alfalfa tergolong dalam kalangan galactagogue yakni herba yang mampu meningkatkan penghasilan susu badan.
- Mengurangkan keputihan
- Susu menjadi lebih banyak

Ostematrix (120 biji)
Ostematrix ni sebenarnya kalsium magnesium dan Vitamin D.
Kalsium diperlukan dalam penghasilan susu ibu yang kaya dengan kalsium dan zat lain.
- Ibu wajar ambil kalsium yang secukupnya untuk mengelak masalah osteoporosis, gigi patah atau sakit sakit tulang akibat kalsium yang telah diserap


Add On:

Bcomplex (120 biji)
B Complex berfungsi membantu ibu mengawal tekanan.
Ibu yang stress menyebabkan susu merudum manakala emosi gembira membuatkan susu lebih banyak terhasil.

Vitamin C Plus Sustained Release (180 biji)
Berfungsi meningkatkan imunisisasi tubuh dengan membantu penghasilan antibodi. 
Kesihatan ibu amat penting. Jika ibu demam atau sakit, susu akan merudum. 
khasiat vitamin C ini juga disalurkan menerusi susu ibu kepada anak tersayang menjadikan bayi lebih sihat, jarang dihinggapi penyakit.

Vitalea (120 biji)
Merupakan multivitamin yang mengisi ruang ruang kosong nutrisi yang didak diperoleh dari sumber makanan.
Uniknya Vitalea, ianya diengkapi dengan Iron, supplemen yang membantu dalam penghasilan hemglobin darah dan mengelak masalah anemia.


Apa Kata Pengguna?









PERHATIANSemua maklumat, keterangan produk serta testimoni pengguna yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar perubatan sekiranya anda menghidapi sebarang penyakit atau masalah kesihatan untuk tujuan diagnosis dan rawatan susulan sebelum mengambil sebarang supplement.

Sesungguhnya kita hanya berikhtiar, berusaha dan merancang, Allah jua yang Maha Berkuasa memberikan kesembuhan.



JAMINAN DARI PIHAK SHAKLEE

1. Mempunyai sijil halal & no siri KKM
2. 100% natural
3. Berkesan
4. Telah ditubuhkan lebih 50 tahun
5. Shaklee selalu berpegang pada tagline, "Always Safe, Always Works, Always Green"

KENAPA PERLU PILIH SAYA?

Kaknis adalah pengedar yang amanah dan jujur serta mempunyai lebih 4 tahun pengalaman dalam bidang bisnes Shaklee. Fokus utama saya untuk membantu customer saya dan keluarganya menjadi lebih sihat dan cergas. Saya juga akan memberi consultation percuma kepada semua customer saya serta memberi guideline serta cara pengambilan yang efektif dan betul.

POS PRODUK SHAKLEE KE RUMAH ANDA

1. Poslaju
2. Gdex
3. Citylink
4. DHL
5. UPS
6. TnT

Penghantaran boleh dilakukan di seluruh Malaysia & Luar Negara

PEMBAYARAN

1. Maybank
2. CIMB
3. Bank Islam
4. Western Union (untuk customer yang berada di luar negara)

Credit Card juga diterima untuk membuat pembelian produk Shaklee dengan saya.


NAK BELI SET SHAKLEE

Untuk mendapatkan produk Shaklee, ada beberapa pilihan yang anda boleh pilih:

1. Belian online dengan menggunakan online banking, debit card atau credit card
2. Belian di cawangan Shaklee terdekat (atas nama Anis Athirah, ID 1110549)
3. Hubungi kaknis di Whatsapp 0176695032 atau klik sini untuk sebarang pertanyaan & belian
4. Cash on Delivery (COD) di Aeon Shah Alam & Giant Stadium Shah Alam




0 comments:

Post a Comment