Assalamualaikum dan hi!
Hari ni kaknis nak share entry yang menjadi salah satu concern customer kaknis lagi lagi mereka yang terdedah dengan matahari
Apa lagi kalau bukan sunburn kan?
Kulit mempunyai pigmen yang dikenali sebagai melanin. Ia berperanan menentukan corak dan warna kulit, serta melindungi kulit daripada radiasi cahaya ultra ungu.
Hari ni kaknis nak share entry yang menjadi salah satu concern customer kaknis lagi lagi mereka yang terdedah dengan matahari
Apa lagi kalau bukan sunburn kan?
Kulit mempunyai pigmen yang dikenali sebagai melanin. Ia berperanan menentukan corak dan warna kulit, serta melindungi kulit daripada radiasi cahaya ultra ungu.
Melanin merupakan mekanisma semulajadi kulit tetapi pendedahan kepada sinaran matahari yang lama akan menyebabkan radiasi cahaya ultra ungu mengatasi melanin kulit dan menyebabkan sunburn.
Sunburn akan berlaku sekiranya kulit terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Kanak-kanak dan warga tua yang memiliki kulit sensitif lebih mudah terkena sunburn.
Orang berkulit cerah juga mempunyai kandungan melanin yang rendah dan mereka juga lebih mudah terkena sunburn daripada orang yang berkulit gelap.
1. Anda harus menghindari sinaran matahari diantara 10 pagi dan 3 petang, kerana waktu inilah radiasi ultra ungu sangat kuat.
2. Jika anda harus melakukan aktiviti luar rumah, anda harus menggunakan losyen penghalang/penapis cahaya (sunblock/sunscreen).
Apa Beza Sunblock dan Sunscreen?
Antara sunblock dan sunscreen yang anda boleh dapati di drugstore seperti Guardian dan Watson |
Sunblock bertindak menghalang cahaya matahari dan memantulkan radiasi ultra ungu daripada terkena kulit. Ia mengandungi Zink Oksida atau Titanium Dioksida. Sunblockhanya memberikan perlindungin kepada kulit secara luaran dengan menghalang radiasi Ultra Ungu Beta (UVB). Ia sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Manakala, sunscreen meresap ke dalam lapisan dermis kulit dan mampu menangkis radiasi Ultra Ungu Alpha (UVA). UVA merosakkan kulit lebih teruk berbanding UVB. Sunscreen mengandung Avobenzone dan Oxybenzone. Maka tidak sesuai digunakan mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Terdapat Tiga Tahap Sunburn
1. Sunburn tahap pertama atau ringan – Kulit kemerah-merahan, disertai dengan rasa sakit.
2. Sunburn tahap kedua – Terdapat gelembung yang berisi cairan, disertai rasa sakit.
3. Sunburn tahap ketiga atau berat – Perlu perhatian Doktor dengan segera.
Apa Tanda Tanda Terkena Sunburn?
Menurut Kementerian Kesihatan, berikut adalah antara kesan dan akibat terdedah pada cahaya matahari:
1. Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang sederhana:
- Kulit merah dan sedikit bengkak, gatal kulit dan berasa panas serta kering
- Otot anda mungkin berasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari
2. Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk:
- Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
- Anda mungkin mengalami kesakitan yang kuat dan tidak dapat menahan sakit apabila baju tersentuh kulit anda
- Anda mungkin demam, rasa sejuk, lemah badan; dan perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera
- Kemerahan kulit boleh bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan mencapai tahap kemuncak 24-48 jam kemudian.
Tips Menghilangkan Dan Merawat Kulit Yang Terkena Sunburn
Kulit manusia mampu untuk pulih sendiri. Sunburn tahap 1 biasanya akan pulih dalam masa 2 – 6 hari. Untuk membantu kulit anda pulih dan mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh menggunakan tip-tip yang berikut:
1. Gunakan losyen yang mengandung lidah buaya (aloe vera). Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit dan membantu tubuh menghasilkan sel kulit yang baru.
2. Gunakan krim hydrocortisone. Ini dapat mengurangkan radang kulit dan rasa gatal-gatal.
3. Gunakan yogurt. Yogurt yang tidak bercampur apa-apa perisa (Plain Yoghurt) membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn.
4. Gunakan cuka. Tuangkan cuka putih atau cuka epal ke atas kertas tisu dan lekatkan pada bahagian kulit yang terkena sunburn. Ianya menghilangkan rasa perit.
5. Gunakan teh hitam atau teh hijau. Teh hitam atau teh hijau mengandungi tannins dan komponen lainnya yang yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.
6. Gunakan timun dan kentang. Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.
7. Gunakan serbuk penaik (baking soda). Campurkan baking soda dengan cuka, lalu sapukan pada kulit yang terkena sunburn sebelum tidur dan biarkan semalaman.
8. Gunakan oatmeal. Jika bahagian kulit yang terkena sunburn luas, kisar satu mangkuk oatmeal, tuangkan dalam baldi dan gunakannya untuk mandi.
Supplement Yang Dicadangkan Untuk Masalah Sunburn Dari Shaklee
Vitamin C
Berfungsi sebagai antioksidan yang kuat, membantu dalam penghasilan kolagen dan memberikan kulit yang lebih cerah dan gebu
Berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan menjadi ejen perlindungan UV
B Complex
Melindungi kulit dari pancaran matahari, anti stress dan melancarkan perjalanan darah.
ESP
Sumber protein untuk penghasilan sel badan yang lebih sihat, termasuk sel kulit yang sihat dan cantik, otot, kuku dan rambut yang sihat
Collagen Powder
Memberikan kelembapan dan keanjalan kepada kulit, mengurangkan pigmentasi, jeragat dan warna kulit yang tak sekata
Apa Kata Pengguna?
PERHATIAN: Semua maklumat, keterangan produk serta testimoni pengguna yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar perubatan sekiranya anda menghidapi sebarang penyakit atau masalah kesihatan untuk tujuan diagnosis dan rawatan susulan sebelum mengambil sebarang supplement.
Sesungguhnya kita hanya berikhtiar, berusaha dan merancang, Allah jua yang Maha Berkuasa memberikan kesembuhan.
JAMINAN DARI PIHAK SHAKLEE
1. Mempunyai sijil halal & no siri KKM
2. 100% natural
3. Berkesan
4. Telah ditubuhkan lebih 50 tahun
5. Shaklee selalu berpegang pada tagline, "Always Safe, Always Works, Always Green"
KENAPA PERLU PILIH SAYA?
Kaknis adalah pengedar yang amanah dan jujur serta mempunyai lebih 4 tahun pengalaman dalam bidang bisnes Shaklee. Fokus utama saya untuk membantu customer saya dan keluarganya menjadi lebih sihat dan cergas. Saya juga akan memberi consultation percuma kepada semua customer saya serta memberi guideline serta cara pengambilan yang efektif dan betul.
POS PRODUK SHAKLEE KE RUMAH ANDA
1. Poslaju
2. Gdex
3. Citylink
4. DHL
5. UPS
6. TnT
Penghantaran boleh dilakukan di seluruh Malaysia & Luar Negara
PEMBAYARAN
1. Maybank
2. CIMB
3. Bank Islam
4. Western Union (untuk customer yang berada di luar negara)
Credit Card juga diterima untuk membuat pembelian produk Shaklee dengan saya.
NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkan produk Shaklee, ada beberapa pilihan yang anda boleh pilih:
1. Belian online dengan menggunakan online banking, debit card atau credit card
2. Belian di cawangan Shaklee terdekat (atas nama Anis Athirah, ID 1110549)
3. Hubungi kaknis di Whatsapp 0176695032 atau klik sini untuk sebarang pertanyaan & belian
4. Cash on Delivery (COD) di Aeon Shah Alam & Giant Stadium Shah Alam
0 comments:
Post a Comment